Sunday, July 5, 2009
Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berKAPEL ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya.
Tetapi, sekiranya si Dia merajuk.
Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza —
merajuk.Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya.
Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya (gi ler kroke kat k box ker kat megamall)
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
KeDaTAnGan jPP jENgkA dISAmBUt mERiaH...
Jeneral:Wahai sekalian bala tentera ku....dengan titah perintah ku,
Kesian kami tengok pembenrontak-pemberontak tu....kelaparan kami tengok mereka..oleh itu itu,dengan hati yang mulia dan ikhlas, kami telah menjamu mereka...kami telah mengadakan sebuh pesta kecil-kecilan bagi menyambut kehadiran mereka.....
Ehem..Ehem....
Is there anything between them that we don't know....
YDP GAMBANG & YDP JENGKA
lu pikir la sendiri...
Saturday, June 13, 2009
asal usul kmph
SEJARAH
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah satu kolej matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pembinaannya bermula dari bulan Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2003.Kawasan kolej ini adalah seluas 75 hektar berhampiran Pekan Gambang. Dibuka pada 1 Mac 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 1857 orang dari seluruh negara pada 5 April 2003
Dari segi kedudukannya, Kolej ini terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Jarak diantara bandar Kuantan pula hanyalah 35 km dan terdapat perkhidmatan bas yang berulang alik diantara Kolej Matrikulasi Pahang dan bandar Kuantan.Kolej ini juga akan berada berhampiran dengan Lebuh raya Pantai Timur mula dibuka pada Disember 2004
>> Peta lokasi ke Kolej Matrikulasi Pahang
PENTADBIRAN
Pentadbiran Kolej Matrikulasi Pahang diketuai oleh seorang Pengarah . Disamping itu juga segala pentadbiran akan dibantu oleh Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan, Penolong-penolong Pengarah serta Pegawai Eksekutif Kanan.
LOGO DAN WARNA
Terbahagi kepada beberapa bahagian yang mempunyai maksud tersendiri:
- Atom:melambangkan sains adalah teras kehidupan. 3 helaian muka surat melambangkan 3 sumber ilmu - Guru (Pensyarah), Buku dan Persekitaran.
- Buku melambangkan ketinggian martabat ilmu
- Garisan yang berselang-seli dengan huruf KMPh melambangkan produk (pelajar) KMPh yang boleh bersaing dengan dunia luar
- Tiga garisan melambangkan 3 kursus di Kolej Matrikulasi Pahang (Hayat, Fizikal dan Perakaunan)
DIKSRIPSI WARNA
- oHitam: melambangkan kemampanan jati diri setiap individu di KMPh
- oPutih: melambangkan keluhuran budi pekerti warga KMPh
- oKuning Keemasan : melambangkan keunggulan Kolej Matrikulasi Pahang
- oMaroon : warna rasmi KMPh