SEJARAH
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah satu kolej matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pembinaannya bermula dari bulan Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2003.Kawasan kolej ini adalah seluas 75 hektar berhampiran Pekan Gambang. Dibuka pada 1 Mac 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 1857 orang dari seluruh negara pada 5 April 2003
Dari segi kedudukannya, Kolej ini terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Jarak diantara bandar Kuantan pula hanyalah 35 km dan terdapat perkhidmatan bas yang berulang alik diantara Kolej Matrikulasi Pahang dan bandar Kuantan.Kolej ini juga akan berada berhampiran dengan Lebuh raya Pantai Timur mula dibuka pada Disember 2004
>> Peta lokasi ke Kolej Matrikulasi Pahang
PENTADBIRAN
Pentadbiran Kolej Matrikulasi Pahang diketuai oleh seorang Pengarah . Disamping itu juga segala pentadbiran akan dibantu oleh Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan, Penolong-penolong Pengarah serta Pegawai Eksekutif Kanan.
LOGO DAN WARNA
Terbahagi kepada beberapa bahagian yang mempunyai maksud tersendiri:
- Atom:melambangkan sains adalah teras kehidupan. 3 helaian muka surat melambangkan 3 sumber ilmu - Guru (Pensyarah), Buku dan Persekitaran.
- Buku melambangkan ketinggian martabat ilmu
- Garisan yang berselang-seli dengan huruf KMPh melambangkan produk (pelajar) KMPh yang boleh bersaing dengan dunia luar
- Tiga garisan melambangkan 3 kursus di Kolej Matrikulasi Pahang (Hayat, Fizikal dan Perakaunan)
DIKSRIPSI WARNA
- oHitam: melambangkan kemampanan jati diri setiap individu di KMPh
- oPutih: melambangkan keluhuran budi pekerti warga KMPh
- oKuning Keemasan : melambangkan keunggulan Kolej Matrikulasi Pahang
- oMaroon : warna rasmi KMPh